Monday, August 15, 2016

Hadis 40 Imam Nawawi. Hadis 30 - Suruhan dan Larangan

Hadis 30 - Suruhan dan Larangan

Audio oleh Sheikh Saad Al Ghamdi

عَنْ أَبِي ثَعْلَبَةَ الْخُشَنِيِّ جُرْثُومِ بن نَاشِر رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم قَال: "إنَّ اللَّهَ تَعَالَى فَرَضَ فَرَائِضَ فَلَا تُضَيِّعُوهَا، وَحَدَّ حُدُودًا فَلَا تَعْتَدُوهَا، وَحَرَّمَ أَشْيَاءَ فَلَا تَنْتَهِكُوهَا، وَسَكَتَ عَنْ أَشْيَاءَ رَحْمَةً لَكُمْ غَيْرَ نِسْيَانٍ فَلَا تَبْحَثُوا عَنْهَا". 
حَدِيثٌ حَسَنٌ، رَوَاهُ الدَّارَقُطْنِيّ ْ"في سننه" [4/184]، وَغَيْرُهُ.


Daripada Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum ibn Nasyer r.a. daripada Rasulullah SAW telah bersabda:

Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa fardhu maka janganlah kamu menghilangkannya (iaitu janganlah kamu mempersia-siakannya dan meninggalkannya), Dia telah menentukan beberapa batasan, maka janganlah kamu melampauinya, Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencabulinya dan Dia tidak menyatakan hukum tentang beberapa perkara, maka janganlah kamu cuba menyelidikinya.

Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Daraqutnie dan lain-lain (Hadis ini walaupun hadis yang mempunyai ‘illah (iaitu hadis yang mempunyai ‘illah iaitu sebab yang tersembunyi lagi mencacatkan nilai hadis dengan terkumpul dua syarat (1) wujud kekelabuan dan ketersembunyian (2) ada kecacatan. Hukum hadis mu’allal ini ialah dha’if. Lihat Taisir Mustalah Hadis, Dr. Mahmud al-Thahhan) namun di sana masih banyak riwayat-riwayat lain yang memperkuatkan hadis ini. Al-Bazar telah meriwayatkan dalam sanadnya, begitu juga al-Hakim meriwayatkan riwayat seumpamanya daripada Abu Darda’ . Al-Bazar berkata: “Isnadnya bagus, al-Tarmizi telah meriwayatkan hadis seumpamanya daripada Abu ‘Uthman al-Nahdie daripada Sulaiman, sebagaimana ia juga diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada hadis Ibnu ‘Abbas. Lihat notakaki buku (Syarah Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al- Turath al-Islamie, Kaherah,1987 pada takhrij hadis ini).