Saturday, July 30, 2016

Hadis 40 Imam Nawawi. Hadis 10 - Rezeki Yang Halal Serta Doa Yang Diterima

Hadis 10 - Rezeki Yang Halal Serta Doa Yang Diterima.


Audio oleh Sheikh Saad Al Ghamdi

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم "إنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إلَّا طَيِّبًا، وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ تَعَالَى: "يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا"، وَقَالَ تَعَالَى: "يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ" ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ! يَا رَبِّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِّيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ؟". 

[رَوَاهُ مُسْلِمٌ]

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah bersabda:

Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu).
Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Hadis 40 Imam Nawawi. Hadis 9 - Perintah Dan Larangan

Hadis 9 - Perintah Dan Larangan.


Audio oleh Sheikh Saad Al Ghamdi

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم يَقُولُ: "مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلَافُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ ".
[رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ]
، [وَمُسْلِمٌ]

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam bersabda:

 Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Hadis 40 Imam Nawawi. Hadis 8 - Kehormatan Muslim

Hadis 8 - Kehormatan Muslim.


Audio oleh Sheikh Saad Al Ghamdi

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم قَالَ: "أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ، وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ؛ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إلَّا بِحَقِّ الْإِسْلَامِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى" . 
[رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ]
، [وَمُسْلِمٌ]

Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah bersabda:

Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Hadis 40 Imam Nawawi. Hadis 7 - Agama Itu Nasihat.

Hadis 7 - Agama Itu Nasihat.


Audio oleh Sheikh Saad Al Ghamdi

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "الدِّينُ النَّصِيحَةُ." قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: "لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ." 

[رَوَاهُ مُسْلِمٌ]

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah bersabda:

Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Hadis 40 Imam An-Nawawi. Hadis 6 -Halal Dan Haram

Hadis 6 -Halal Dan Haram.  


Audio oleh Sheikh Saad Al Ghamdi

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم يَقُولُ: "إنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ، فَمَنْ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقْد اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ، أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى، أَلَا وَإِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ، أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ". 
[رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ]
، [وَمُسْلِمٌ]

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Friday, July 29, 2016

Khalid Basalamah - Dosa Besar Ke-20. Mengambil Harta Orang Lain Secara Zalim

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar Ke-20. Mengambil Harta Orang Lain Secara Zalim



Khalid Basalamah - Dosa Besar Ke-19. Berkhianat Mengambil Harta Ghanimah, Baitul Mal, dan Zakat

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar Ke-19. Berkhianat Mengambil Harta Ghanimah, Baitul Mal, dan Zakat



Khalid Basalamah - Dosa Besar Ke-18 Menuduh Wanita Baik-Baik Melakukan Zina

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar Ke-18 Menuduh Wanita Baik-Baik Melakukan Zina



Khalid Basalamah - Dosa Besar Ke-17 .Homoseksual

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar Ke-17 .Homoseksual



Khalid Basalamah - Dosa Besar ke-16 Menjadi Saksi Palsu

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar ke-16 Menjadi Saksi Palsu



Khalid Basalamah - Dosa Besar Ke-15: Sombong, Bangga Diri, Angkuh, Ujub, dan Bongkak

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar Ke-15: Sombong, Bangga Diri, Angkuh, Ujub, dan Bongkak



Khalid Basalamah - Dosa Besar Ke-14. Meminum Arak atau Minuman yang Memabukkan

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar Ke-14. Meminum Arak atau Minuman yang Memabukkan


>

Khalid Basalamah - Dosa Besar Ke-13. Pemimpin yg Khianat, Kejam, dan Bengis kpd Rakyatnya (Zalim)

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar Ke-13. Pemimpin yg Khianat, Kejam, dan Bengis kpd Rakyatnya (Zalim)



Khalid Basalamah - Dosa Besar Ke 12 Berzina, Sebahagian Zina Lebih Besar Dosanya dari Sebahagian Lain

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar Ke 12 Berzina, Sebahagian Zina Lebih Besar Dosanya dari Sebahagian Lain



Khalid Basalamah - Dosa Besar Ke-11: Melarikan Diri dari Pertempuran (Medan Perang)

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar Ke-11: Melarikan Diri dari Pertempuran (Medan Perang)



Khalid Basalamah - Dosa Besar Ke-10. Tidak Berpuasa Ramadhan Tanpa Udzur

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar Ke-10. Tidak Berpuasa Ramadhan Tanpa Udzur



Khalid Basalamah - Dosa Besar Ke-9. Berdusta Atas Nama Rasulullah SAW

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar Ke-9. Berdusta Atas Nama Rasulullah SAW


>

Thursday, July 21, 2016

Hadis 40 Imam An-Nawawi. Hadis 5 - Bidaah

Hadis 5 - Bidaah.

Audio oleh Sheikh Saad Al Ghamdi


عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْ هِ
وَسَلَّم : (( مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ )) . رواه البخاري ومسلم وفي
.(( روایة لمسلم: ((مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ


Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. عنها االله beliau berkata: Rasulullah رضي Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah bersabda:

Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.

Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak .

Hadis 40 Imam An-Nawawi. Hadis 4 - Manusia Awal Dan Akhirnya

Hadis 4 - Manusia Awal Dan Akhirnya.

Audio oleh Sheikh Saad Al Ghamdi



عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,
sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim

Hadis 40 Imam An-Nawawi. Hadis 3 - Rukun Islam

Hadis 3 - Rukun Islam.

Audio oleh Sheikh Saad Al Ghamdi


عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ االله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي االله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ االلهِ صَلَّى االلهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ االله وَأَنَّ مُحمدًا رَسُولُ االله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري ومسلم

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab (عنهما االله رضي (beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam bersabda:

lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim

Hadis 40 Imam An-Nawawi. Hadis 2 - Iman, Islam dan Ihsan.

Hadis 2 - Iman, Islam dan Ihsan.

Audio oleh Sheikh Saad Al Ghamdi

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ االلهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ االلهِ صَلَّى االله عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى االله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ االلهِ
صَلَّى االلهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ االله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ االلهِ، وَتُقِيْمَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَالَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِااللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ االلهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِدَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَالله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْلُ
((أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ 

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.
Lalu dia duduk menghampiri Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).
Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim

Hadis 40 Imam An-Nawawi. Hadis pertama - Niat

Hadis 1  - Niat.

Audio oleh Sheikh Saad Al Ghamdi

عَنْ أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ أَبِي حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: " إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Tuesday, July 19, 2016

Khalid Basalamah - Dosa Besar Ke-8. Memakan Harta Anak Yatim

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar Ke-8. Memakan Harta Anak Yatim


Khalid Basalamah - Dosa Besar Ke-7. Memakan Riba

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar Ke-7. Memakan Riba


Khalid Basalamah - Dosa Besar Ke-6. Durhaka Kepada Kedua Orang Tua

Dosa-Dosa Besar


Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar Ke-6. Durhaka Kepada Kedua Orang Tua


Khalid Basalamah - Dosa Besar ke-5. Tidak Membayar Zakat

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar ke-5. Tidak Membayar Zakat


Khalid Basalamah - Dosa Besar ke-4. Meninggalkan solat.

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar ke-4. Meninggalkan solat.

>

Khalid Basalamah - Dosa Besar ke-3. Melakukan Sihir atau Mengamalkan Ilmu Sihir

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar ke-3. Melakukan Sihir atau Mengamalkan Ilmu Sihir

Bahagian 1


Bahagian 2


Monday, July 18, 2016

Khalid Basalamah - Dosa Besar Ke-2. Membunuh Tanpa Alasan yang Dibenarkan

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar Ke-2. Membunuh Tanpa Alasan yang Dibenarkan


Khalid Basalamah - Dosa Besar Pertama-1. Syirik kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala

Dosa-Dosa Besar

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah.

Dosa Besar Pertama-1. Syirik kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.